Monday 8 June 2015

MUKHAYYAM SEKOLAH INTEGRASI AS-SYAKIRIN KALI KE-15 DI ULU BENDUL

   Mukhayyam bermaksud tempat yang kita pergi itu ada pokok,haiwan,tanah,sungai dan sebagainya. Di tempat yang kita pergi itu mesti tanahnya rata dan sempurna untuk dijadikan tapak perkhamahan.

   Sekolah Integrasi As-syakirin telah mengadakan mukhayyam kali yang Ke-15. Lokasi yang ditetapkan oleh guru-guru semasa membuat perbincangan ialah Ulu Bendul,Kuala Pilah,Negeri Sembilan. Tema pada tahun ini ialah 'Menelusuri Kepimpinan Umara'. Sebelum saya pergi,saya mesti memebuat persediaan untuk pergi ke lokasi yang telah ditetapkan oleh Sekolah Integrasi As-syakirin. Antara keprluan yang saya bawa ialah seluar trek,baju,baju melayu dan sebegainya.

   Pada hari pertama,emak menghantar saya dengan Angah ke sekolah. Bila sudah sampai saya salam emak saya dan keluar dari kereta. Apabila saya di hadapan koridor saya naik keatas masuk ke dalam kelas semua tidak sampai lagi kecuali seorang sahaja iaitu Zayd. Selepas itu,semua sudah sampai dan ustazah mengarahkan semua berbaris dalam kumpulan masing-masing. Kemudian,ustazah mengarahkan sekali lagi tahun 4 dan 5 pergi makan dahulu. Ustazah berhenti sejenak. Tahun 6 dan menengah pergi Solat Dhuha dan Solat Hajat dahulu. Pada masa itu,semua sudah selesai dan sudah menyiapkan diri. seorang budak darjah 4 berkata 'bas sudahlah' kata budak kepada kawanya. Ustazah mengarahkan semua kumpulan duduk dalam kumpulan masing-masing. Ustazah berhenti sejenak. Ok kumpulan 1 dan 2 boleh bergerak dahulu. Ustazah berhenti sejenak sekali lagi. Ok kumpulan 3 dan 4 kamu semua akan naik bas paling istimewa. Semua berkata 'yeah!!! dapat naik bas istimewa'. Ustazah berkata 'tapi jangan bising'. Ustazah berhenti sejenak. 'buat perangai elok-elok dalam bas. Ustazah mengarahkan 'kumpulan 3 dan 4 boleh ambil bag tapi jangan lari'. Semua naik dalam bas setelah meletakkan bag dalam bonet bas. Apabila bas sudah bergaerak semua baca doa naik kenderaan dan doa keluar. Sejam yang lalu,kawan saya dia tidak tahan hendak membuang air. Nama kawan saya ialah Hafizullah. Dia tidak tahan kerana minum air banyak sangat. Dia bercakap dengan saya'Daniel cakap dekat ustazah ada R&R tak'. Saya cakap dengan ustazah 'ustazah ada R&R tak dekat sini. Ustazah berkata 'dah nak dekat'. Ustazah berhenti sejenak. 'Lagi 1 KM je lagi'. Sudah sampai R&R,puas hati Hafizullah buang air tadi. Apabila sudah sampai,kami semua mengambil bag masing-masing. Pada masa itu,kami semua membuat khemah. Ada yang bawa sendiri  dan ada yang tidak bawa. Apabila semua sudah menyiapkan khemah,Ustaz mengarahkan Solat Jama'a Takdim. Apabila Maghrib hampir dekat,kami semua menyiapkan diri untuk Solat Maghrib dan Isyak kassar dua rakaat. Selepas itu,komander Izham berkata 'malam ini kita ada perang yang menggemparkan'. Semua gembira apabila mendengar perkataan perang.kemudian,semua sudah bersedia semua bergerak lokasi kubu. Apabila sudah habis perang semua balik ke khemah masing-masing.

   Pada hari kedua,semua dikejutkan untuk bangun Solat Subuh. Selepas habis Solat, kami sarapan,
minum dan lain-lain. Selepas mandi,ada aktiviti iaitu aktiviti mecari nama pokok dan nama nama 
saintifik dan nama ular.lebih kurang dua jam setengah baru habis. Kemudian,pergi ke 'Astaka untuk
Solat Jama' Takdim Zohor dan Asar. Selepas habis,ustaz mengarahkan beratur dalam kumpulan. apabila semua sudah beratur,baru bergerak 'training centre'. Lebih kurang tiga jam,kumpulan 3
sudah habis melakukan aktiviti. Selepas habis hujan turun dengan lebat. Semua berteduh di pondok. 
Ada yang berteduh di tandas. Tunggu dan tunggu hujan turun rintik-rintik,lepas itu ustaz bagi arahan 
balik ke khemah. Semua lari dengan pantas untuk mengambil bag takut basah dengan sleeping bed sekali. Kemudian,apabila malam menjelang semua Solat Maghrib dan jama'a Isyak. Komander Izham datang ke 'Astaka' bagi pelbagi nasihat. Apabila semua sudah selesai,ustaz bagi arahan letak bag di 
chalet. Selepas itu,kami masuk ke dalam bilik yang ditetapkan oleh ustaz. Mereka tidur dengan lena 
sekali.

   Hari yang ketiga dan keempat semuanya sama sahaja tetapi aktivitinya sahaja yang tidak sama. 
Hari yang ketiga aktiviti mendaki gunung iaitu Gunung Angsi dan Hirasah. Hirasah ialah berjaga 
malam dan mengambil bendera kumpulan yang lain secara senyap-senyap.Hari yang keempat pula
majlis penutupan.Majlis penutupan habis pada pukul 2:45 petang. Pukul 2:45 petang waktu bertolak dari Ulu Bendul ke Sekolah Integrasi As-syakirin. Pada pukul 5:15 petang,kami tiba di sekolah. 
Semua pelajar gembira apabila dapat pulang.

   Akhir sekali,wajib keatas umat islam berjauhan dengan ibu bapa kita apabila kita remaja. Ini 
mendidik kita supaya kita berdikari pada masa yang akan datang.
 

 

Wednesday 31 December 2014

PENGALAMAN MEMANCING DI EMPANGAN AIR KUNING


Bersama Hasil Tangkapan Ikan Pacu

Catatan: 1hb Januari 2015

ini ialah idea saya membuat blog :

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada anda semua. Tujuan saya membuat blog ini ialah mencatat pengalaman yang saya perolehi sepanjang beberapa tahun yang lalu dan pada masa akan datang. Di samping itu saya ingin memperbaiki karangan yang tunggang langgang kepada teknik penulisan yang terbaik. Saya berharap saya akan menjadi penulis buku yang bagus suatu hari nanti.

Aktiviti Memancing di Tasik Air Kuning

                                              PENGALAMAN MEMANCING DI
                                                    EMPANGAN AIR KUNING

 Apa itu Empangan Air Kuning?. Empangan Air Kuning ialah sebuah empangan yang sangat besar terletak di Taman Botani Negara di Seksyen 8 Shah Alam. Ramai pemancing yang datang ke sana pada hari cuti. Saya pun tidak terkecuali akan datang sekiranya ada kesempatan dan masa terluang. Nama lain bagi Empangan Tasik Air Kuning FLY FISHING.

 Saya dan ayah saya membuat persiapan untuk pergi ke Empangan Air Kuning. Persiapan yang dilakukan oleh ayah saya ialah menyiapkan bekas untuk meletakkan barang-barang keperluan memancing antaranya seperti joran, mata kail, batu ladung, cacing, kelapa sawit, katak plasik, mesin kekili, pancang dan rapala.

 Sebelum memancing umpan hendaklah di pasang di mata kail. Semasa hendak memancing kita perlu baling umpan ke dalam tasik untuk menangkap ikan. Tak kira sama ada  ianya lambat atau cepat kita tetap perlu banyak bersabar. Semasa saya mendapat ikan saya sangat gembira. Memancing perlukan banyak kesabaran. Adakalanya cepat mendapat ikan, adakalanya lambat mendapat ikan dan kadang-kadang tidak mendapat ikan langsung. Paling penting kita perlu berusaha yang terbaik dan berserah kepada Allah.



WE NEED A LOT OF PATIENCE WHATEVER THE
CIRCUMSTANCES.
                   .

MISI BANJIR KE KUALA KRAI KELANTAN

Catatan : 28hb Disember, 2014


 Beberapa hari yang lepas saya mendapat berita tentang sepupu-sepupu saya di Kuala Krai yang terlibat dengan banjir besar yang melanda. Sebelum itu saya pekenalkan diri saya, nama saya ialah Muhammad Daniel Haziq berumur 10 tahun tinggal di Shah Alam. Di mana saya tadi OK... Meraka menghadapi banjir yang sangat dahsyat yang tidak pernah disaksikan selama ini di Kuala Krai Kelantan. "Allah mengatakan orang-orang beriman ialah dikalangan orang-orang yang banyak bersabar". Semoga sepupu saya dan mereka yang terlibat menjadi mangsa banjir di seluruh negara tabah dan bersabar menghadapi ujian. Saya terfikir untuk menyumbang sesuatu kepada mereka. Tak kiralah besar atau pun kecil sumbangan saya.. yang penting niat yang ikhlas kerana Allah. 

Pada keesokkan hari saya dan adik saya iaitu Dina merancang untuk membuat kutipan derma untuk sepupu-sepupu saya menghadapi bajir di sana. Saya telah membuat rancangan ini tanpa memberitahu ayah saya. Saya mula misi minta bantuan banjir di beberapa rumah jiran saya. Alhamdulillah ramai memberi sumbangan derma dan prihatin.


Tabung untuk kutipan Derma.. tapi dah dihentikan oleh ayah saya :(

   Pada keesokan harinya saya bersama-sama adik-adik  dan mak saya bertolak ke Giant pada pukul 5:23petang untuk membeli barangan keperluan mangsa banjir. Setelah sampai di Giant kami masuk ke dalam untuk mengambil duit di ATM. Setelah itu barulah kami masuk ke tempat membeli barang-barangan dapur, stationary, buku dan sebagainya. Selapas itu, kami memasuki ke tempat bahagian makan kering dan bahagiang alat tulis. Beberapa barang keperluan telah kami pilih. Kemudian kami pergi ke kaunter bayaran untuk membayar barangan yang kami telah ambil. 
Membeli alat tulis

Sedang memilih alat tulis yang hendak di derma

Akhir sekali selepas sampai dirumah. Saya dan adik saya Dina mula menyusun dan membungkus barangan yang telah dibeli supaya mudah untuk diagih-agihkan. Barang-barang yang kami beli ialah biskut empat segi, sos cili, barang-barang persediaan ke sekolah iaitu alatulis seperti pensil, pemadam, pen, buku tulis, pensil warna dan sebagainya. Selepas siap membungkus dan mengagih-agihkan barang untuk di hantar ke Kuala Krai. Saya berasa sangat gembira, ceria, ikhlas dan berharap semoga diterima oleh Allah sebagai amal kebaikan saya.

   BUAT BAIK DI BALAS BAIK

   WELL REWARDED FOR GOOD