Wednesday, 31 December 2014

MISI BANJIR KE KUALA KRAI KELANTAN

Catatan : 28hb Disember, 2014


 Beberapa hari yang lepas saya mendapat berita tentang sepupu-sepupu saya di Kuala Krai yang terlibat dengan banjir besar yang melanda. Sebelum itu saya pekenalkan diri saya, nama saya ialah Muhammad Daniel Haziq berumur 10 tahun tinggal di Shah Alam. Di mana saya tadi OK... Meraka menghadapi banjir yang sangat dahsyat yang tidak pernah disaksikan selama ini di Kuala Krai Kelantan. "Allah mengatakan orang-orang beriman ialah dikalangan orang-orang yang banyak bersabar". Semoga sepupu saya dan mereka yang terlibat menjadi mangsa banjir di seluruh negara tabah dan bersabar menghadapi ujian. Saya terfikir untuk menyumbang sesuatu kepada mereka. Tak kiralah besar atau pun kecil sumbangan saya.. yang penting niat yang ikhlas kerana Allah. 

Pada keesokkan hari saya dan adik saya iaitu Dina merancang untuk membuat kutipan derma untuk sepupu-sepupu saya menghadapi bajir di sana. Saya telah membuat rancangan ini tanpa memberitahu ayah saya. Saya mula misi minta bantuan banjir di beberapa rumah jiran saya. Alhamdulillah ramai memberi sumbangan derma dan prihatin.


Tabung untuk kutipan Derma.. tapi dah dihentikan oleh ayah saya :(

   Pada keesokan harinya saya bersama-sama adik-adik  dan mak saya bertolak ke Giant pada pukul 5:23petang untuk membeli barangan keperluan mangsa banjir. Setelah sampai di Giant kami masuk ke dalam untuk mengambil duit di ATM. Setelah itu barulah kami masuk ke tempat membeli barang-barangan dapur, stationary, buku dan sebagainya. Selapas itu, kami memasuki ke tempat bahagian makan kering dan bahagiang alat tulis. Beberapa barang keperluan telah kami pilih. Kemudian kami pergi ke kaunter bayaran untuk membayar barangan yang kami telah ambil. 
Membeli alat tulis

Sedang memilih alat tulis yang hendak di derma

Akhir sekali selepas sampai dirumah. Saya dan adik saya Dina mula menyusun dan membungkus barangan yang telah dibeli supaya mudah untuk diagih-agihkan. Barang-barang yang kami beli ialah biskut empat segi, sos cili, barang-barang persediaan ke sekolah iaitu alatulis seperti pensil, pemadam, pen, buku tulis, pensil warna dan sebagainya. Selepas siap membungkus dan mengagih-agihkan barang untuk di hantar ke Kuala Krai. Saya berasa sangat gembira, ceria, ikhlas dan berharap semoga diterima oleh Allah sebagai amal kebaikan saya.

   BUAT BAIK DI BALAS BAIK

   WELL REWARDED FOR GOOD

No comments:

Post a Comment