Bersama Hasil Tangkapan Ikan Pacu |
Catatan: 1hb Januari 2015
ini ialah idea saya membuat blog :
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada anda semua. Tujuan saya membuat blog ini ialah mencatat pengalaman yang saya perolehi sepanjang beberapa tahun yang lalu dan pada masa akan datang. Di samping itu saya ingin memperbaiki karangan yang tunggang langgang kepada teknik penulisan yang terbaik. Saya berharap saya akan menjadi penulis buku yang bagus suatu hari nanti.
PENGALAMAN MEMANCING DI
EMPANGAN AIR KUNING
Apa itu Empangan Air Kuning?. Empangan Air Kuning ialah sebuah empangan yang sangat besar terletak di Taman Botani Negara di Seksyen 8 Shah Alam. Ramai pemancing yang datang ke sana pada hari cuti. Saya pun tidak terkecuali akan datang sekiranya ada kesempatan dan masa terluang. Nama lain bagi Empangan Tasik Air Kuning FLY FISHING.
Saya dan ayah saya membuat persiapan untuk pergi ke Empangan Air Kuning. Persiapan yang dilakukan oleh ayah saya ialah menyiapkan bekas untuk meletakkan barang-barang keperluan memancing antaranya seperti joran, mata kail, batu ladung, cacing, kelapa sawit, katak plasik, mesin kekili, pancang dan rapala.
Sebelum memancing umpan hendaklah di pasang di mata kail. Semasa hendak memancing kita perlu baling umpan ke dalam tasik untuk menangkap ikan. Tak kira sama ada ianya lambat atau cepat kita tetap perlu banyak bersabar. Semasa saya mendapat ikan saya sangat gembira. Memancing perlukan banyak kesabaran. Adakalanya cepat mendapat ikan, adakalanya lambat mendapat ikan dan kadang-kadang tidak mendapat ikan langsung. Paling penting kita perlu berusaha yang terbaik dan berserah kepada Allah.
WE NEED A LOT OF PATIENCE WHATEVER THE
CIRCUMSTANCES.
.